Skip to content

MySTR Fasa 4 : Kategori Tidak Layak Terima Bayaran Terakhir

MySTR Fasa 4 : Kategori Tidak Layak Terima Bayaran Terakhir. Inisiatif ini di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan berbentuk wang tunai bagi membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan renda khususnya kepada golongan yang terjejas.

Berikut dikongsikan info ringkas berkenaan kategori tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 nanti.

MySTR FASA 4

MySTR Fasa 4 adalah salah satu bayaran terakhir tahun ini daripada Sumbangan Tunai Rahmah yang diberi oleh kerajaan berbentuk wang tunai dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan seperti ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

PENERIMA BANTUAN STR FASA 4

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima.

KATEGORI TIDAK LAYAK

Untuk makluman semua, terdapat beberapa kategori yang tidak layak terima sebarang bayaran STR fasa terakhir (Fasa 4) ini, iaitu :

1. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –

2. Bujang (21 – 59 tahun) : –

3. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

MyStr Fasa 4

SEMAKAN STATUS STR

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

MAKLUMAT LANJUT MYSTR FASA 4

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.