Bantuan Pembiayaan Motosikal Sehingga RM10000 Untuk Usahawan

Bantuan pembiayaan motosikal sehingga RM10000 adalah dibawah Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020 Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Untuk maklumat lanjut, sila layari Brosur Tekun Mobilepreneur

Jumlah Pembiayaan

Berikut adalah jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan bermula RM1000 – RM10,000 :

  • Pembelian Motosikal
  • Pembaikan Motosikal
  • Modal Pusingan
Bantuan Pembiayaan Motosikal Sehingga RM10000

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah selama setahun hingga 3 tahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon.

Bagi kadar keuntungan pula, setiap penerima bantuan akan dikenakan sebanyak 4 peratus untuk tempoh setahun.

Kelayakan Bantuan Pembelian Motosikal

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan membeli motosikal
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan
  • Dokumen Sokongan:
    1. Borang Permohonan Pembiayaan (JPP02/JPP17)
    2. Gambar pemohon ukuran passport
    3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
    4. Salinan lesen memandu B1/B2 yang sah
    5. Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
    6. Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    7. Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    8. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    9. Surat sokongan Syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
    10. Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
    11. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon)
    12. Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan
Bantuan Pembelian Motosikal Sehingga RM10000

Cara memohon

  • Pemohon boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk
menguruskan permohonan pembiayaan
TEKUN Mobilepreneur 4.0

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top