Bantuan Sara Hidup Johor 2023

Bantuan Sara Hidup Johor 2023 ini adalah salah satu bantuan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) adalah merupakan badan berkanun yang mengurus tadbir hal ehwal mengenai Agama Islam di Negeri Johor.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempunyai beberapa jenis bantuan yang boleh dipohon oleh orang awam yang berkelayakan berdasarkan kepada had kifayah.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP JOHOR (MAINJ)

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Bantuan Sara Hidup MAINJ:

  • Pemohon mestilah anak Negeri JOHOR sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut dan juga membayar zakat (fitrah dan juga harta) Negeri JOHOR.
  • Pemohon mestilah tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak lain.
  • Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan juga peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang berkelayakan untuk memohon dan juga mendapatkan bantuan MAIJ.
  • Pemohon dan juga pasangan bekerja mempunyai ramai tanggungan yang masih dibangku sekolah.
  • Pemohon tidak mempunyai waris ataupun ada waris tetapi tidak mampu untuk membantu.
  • Pemohon bukan daripada pada kalangan peneroka Felda ataupun peserta Felcra.

Takrif Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai harta dan juga hasil usaha (pekerjaan) yang boleh memenuhi keperluan asas (daruriat) bagi dirinya dan juga tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan (hajiat) dan bukanlah keperluan kemewahan (tahsiniat), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit.

  • Contoh: Seseorang yang memerlukan kepada RM 300.00 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% keperluan tersebut untuk menampung keperluan asasi diri dan juga tanggungan di bawahnya.

Takrif Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan ataupun hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian daripada keperluan asasi (daruriat) tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya.

  • Contoh: Seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi sebahagian (50%) ataupun lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asasi sebenar bagi diri dan juga tanggungannya.
Bantuan sara hidup Johor 2023

CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP JOHOR MAINJ

Untuk memohon Bantuan Sara Hidup MAINJ, sila layari portal rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di portal berikut, kemudian isi maklumat yang diminta:

  1. Klik gambar yang merujuk kepada setiap bantuan yang ingin dimohon.
  2. Baca syarat-syarat permohonan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  3. Isi maklumat yang pemohon dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Isi maklumat pada perincian permohonan dan klik butang seterusnya.
  5. Isi bahagian perakuan dan hantar permohonan.
  6. Cetak slip permohonan.

Untuk menghubungi MAINJ boleh ke alamat dan hubungi di talian berikut:

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok B
Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

+6 (07) 228 2929
Ibu Pejabat MAINJ

KAUNTER MAINJ DAERAH

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top