Bantuan RM1000 Maksimum Dibuka Sepanjang Tahun

Bantuan RM1000 maksimum ini dibuka sepanjang tahun, sila semak dan bagi mereka yang layak sila buat permohonan untuk meringankan beban ekonomi keluarga.

Bantuan RM1000 ini adalah Bantuan Kanak-kanak,ia terdapat pelbagai syarat dan kategori serta pecahan jumlah bantuan yang diterima oleh setiap keluarga pemohon.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah sebuah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh JKM bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar BKK adalah antara RM150 sehingga RM1,000 setiap bulan dengan pecahan berikut:

  • RM200: 6 tahun dan ke bawah;
  • RM150: 7 tahun hingga 18 tahun;
  • RM1,000: Maksimum untuk keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Cara Memohon

Permohonan BKK ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi Manfaat,  Kementerian Kewangan – Link Klik DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top