Cara Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2024

Cara Rebat Bil Elektrik RM40 – Dalam Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan.

Program bantuan Kerajaan secara bersasar ini akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Oleh itu, pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198.

Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

Kategori Kelayakan

Berikut adalah kategori kelayakan program Rebat Bil Elektrik RM40 :

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi;
  • Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  • Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik;
  • Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja).

Dimaklumkan bahawa, mulai 1 Februari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini.

Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,169.

Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik, Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Dalam pada itu, pengguna hanya boleh mendaftarkan 1 akaun bil elektrik sahaja pada satu-satu masa.

Semakan boleh dibuat melalui Portal Semakan Rebat Bil Elektrik melalui laman sesawang rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) :

Kaedah Rebat Bil Elektrik RM40

Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga maksimum RM40 sebulan.

Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.

CONTOH : Jika bil elektrik bulanan ‘Sebelum Rebat’ sebanyak RM64.90, maka selepas tolak rebat RM40 (RM64.90-RM40) & baki yang periu dibayar adalah sebanyak RM24.90.

Sekiranya bil elektrik kurang RM40 sebulan, pengguna akan menerima rebat berdasarkan amaun sebenar bil elektrik (Tiada bayaran dikenakan)

Tempoh Layak Rebat Bil Elektrik RM40

Terdapat dua kategori pengguna:

  1. KIR pemegang akaun bil elektrik: Akan terima rebat secara automatik
  2. KIR bukan pemegang akaun bil elektrik: Sehingga KIR mengemas kini nombor akaun dengan utility.
  • Pengguna yang layak akan menerima rebat RM40 bermula dari tarikh kelayakan/tarikh kemas kini maklumat akaun sehingga 31 Disember 2023 berdasarkan tarikh bil elektrik pengguna masing-masing.
  • Kerajaan akan sentiasa menyemak semula program rebat pada tahun-tahun yang akan datang selaras dengan keberkesanan program dan tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa Kerajaan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi maklumat lanjut berkenaan program ini, pengguna boleh menghubungi talian hotline MyGCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

• MyGCC – Hotline: 03-8000 8000
• TNB – Hotline: 1-300-88-5454
• SESB – Hotline: 088-515000 15454
• SARAWAK ENERGY – Hotline: 1-300-88-3111

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top