Cara Tuntut MySalam Sehingga RM8000

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Manfaat yang diperoleh melalui MySalam adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Perlindungan MySalam 2024

Skim perlindungan masyarakat mySalam (MySalam) pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Persekutuan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Antara manfaat utama skim ini adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal.

Cara tuntut mysalam

Syarat-syarat Kelayakan

  • Individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

Cara Tuntut MySalam

Cara tuntut mySalam bagi pembayaran tunai RM8,000 penyakit kritikal boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Maklumat Penting

Sila ambil maklum bahawa pihak mySalam akan memuktamadkan semua tuntutan untuk Manfaat Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal bagi tahun kelayakan 2019 hingga 2023.

Sehubungan itu, anda digesa untuk memuat naik dokumen tuntutan ke portal mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

Jika tuntutan anda telah diluluskan tetapi masih belum menerima wang tuntutan, sila semak butiran perbankan anda untuk memastikan butiran adalah lengkap dan tepat.

Sila kemas kini butiran perbankan di portal mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan No. 8 di mySalam Skim Perlindungan B40 – Soalan Lazim – Soalan Am.

Untuk membuat permohonan rayuan sila hubungi mySalam melalui mana-mana saluran berikut:
1. Talian Khidmat Pelanggan 1 300 88 8938
2. Emel [email protected]
3. Hubungi Kami di portal mySalam
4. Kios-kios di hospital panel mySalam

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top