Bantuan RM150 Tanpa Mengira Pendapatan

Bantuan RM150 – Untuk membantu golongan yang memerlukan, Kerajaan telah memperkenalkan berbagai jenis bantuan kewangan melalui Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri, mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasaran masing-masing.

Pada masa yang sama, dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, terdapat juga pelbagai jenis bantuan, antaranya adalah Keputusan Kerajaan untuk meneruskan pemberian bantuan tunai sebanyak RM150.

Bantuan RM150 ‘one-off’

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Melalui bantuan ini, setiap murid sekolah layak menerima sumbangan sebanyak RM150 secara ‘one-off’.

Dimaklumkan juga bahawa pembayarannya akan dibuat kepada semua murid, tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh hal demikian, sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai 3 orang anak yang sedang bersekolah, maka jumlah keseluruhan BAP yang diterima adalah sebanyak RM450.

Bantuan ini melibatkan peruntukan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), BAP akan mula disalurkan pada bulan Januari 2024.

Pembayaran BAP

Pembayaran BAP telah mula diagihkan pada bulan Januari 2024. Manakala, bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024.

Kaedah pembayaran pula akan dibuat melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.

Dalam perkembangan sama, di bawah Belanjawan 2024 – Kerajaan turut menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Peruntukan bagi elaun murid berkeperluan khas juga dinaikkan kepada RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Bantuan ink, sila layari dan baca melalui Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top