Harga Beras Putih Madani Bermula 19 Februari

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kerajaan akan mengeluarkan Beras Madani yang bermula dijual pada 19hb Februari 2024.

Beliau berkata lagi kerajaan akan memberi tempoh selama 10 hari buat peniaga dan peruncit untuk menyelaraskan semua harga beras tempatan bagi pelabelan dan pembungkusan penjenamaan beras tempatan yang baharu.

Menurutnya lagi, pembungkusan beras yang lama masih boleh dipakai namun peniaga perlulah menampal sticker ataupun pelekat harga ‘Beras Putih Malaysia Madani’.

Harga beras putih madani
Sumber Bernama

Hal ini kerana sudah 18 tahun harga beras tempatan tidak naik, dan dengan penyelarasan harga yang baru ini para petani serta pesawah dapat menikmati keuntungan yang lebih selesa kerana harga siling baharu diperkenalkan. Industri beras dan padi juga akan dapat bertahan lama dengan harga baharu ini iaitu RM30 setiap 10kg.

Pengenalan Beras Putih Madani ini merupakan salah satu cara kerajaan untuk mengawal tindakan beberapa pihak yang memanipulasi atau membungkus semula beras putih tempatan kepada jenama yang lebih mahal seperti beras import.

Sebelum ini, Malaysia pernah digemparkan dengan berita bahawa ada pihak yang dipercayai telah mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import demi mengaut keuntungan yang lebih.

Ini kerana harga beras import dari luar negara tidak dikawal dan harganya akan sentiasa tinggi didorong pula dengan lonjakan harga beras import akibat kenaikan harga beras global.

Untuk makluman, sebelum ini harga bagi beras tempatan adalah RM 2.60 sekilogram, dan selepas pengenalan harga Beras Madani yang baharu harga beras naik menjadi RM 3.50 sekilogram.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top