Bantuan RM500 KWSP Dalam Proses Pengkreditan

Bantuan RM500 KWSP, kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Dalam intipati Belanjawan Madani 2023 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Selepas negara berada dalam fasa post-pandemik Covid-19, rakyat telah beberapa kali mengorbankan simpanan untuk hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik tersebut.

Bantuan RM500 KWSP

Jumlah bantuan KWSP yang akan diberikan oleh Kerajaan adalah :

  • RM 500 secara One-Off

Kerajaan memperuntukkan hampir RM1 Billion untuk bantuan ini.

Kelayakan Penerima Bantuan RM500 KWSP

Kelayakan untuk menerima bantuan RM500 KWSP adalah:

  • Ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu.
  • Ahli KWSP yang berumur diantara 40 hingga 54 Tahun
Bantuan RM500 KWSP

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut akan dikemas kini oleh KWSP melalui laman web rasmi dalam masa terdekat mengenai syarat khusus & juga cara permohonan yang ditetapkan untuk pencarum yang layak.

Sebarang maklumat berkaitan akan dimaklumkan kemudian melalui laman web MOF atau KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top