Gaji Minimum 2023 Untuk Rakyat Malaysia

Gaji minimum 2023, menurut seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok iaitu pendapatan asas yang tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Setiap negara mempunyai had gaji yang perlu diikuti oleh setiap majikan di negara tersebut dan begitu juga dengan Malaysia, dan beberapa tahun yang lepas, had minimum gaji pokok, rakyat Malaysia telah dinaikkan kepada RM1,500 sebulan.

Namun begitu, terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada majikan-majikan tertentu dalam pengurusan had gaji minimum ini.

Dasar Gaji Minimum Kebangsaan

Secara ringkasnya, seperti yang telah dimaklumkan di bahagian sebelum ini, gaji minimum ialah gaji pokok seperti yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 dan Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.2) 2022 di mana ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.

Dasar Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan ini telah dilancarkan pada pembentangan bajet tahun 2010 oleh Dato’ Sri Mohd. Najib, yang merupaka Perdana Menteri pada waktu itu.

Ia adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020.

Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka. 

Objektif Dasar Gaji Minimum

Objektif Dasar Gaji Minimum ialah:

  1. Memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi;
  2. Memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja;
  3. Menggalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran global dengan melabur dalam intensif teknologi dan meningkatkan produktiviti buruh; dan
  4. Mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing tidak mahir.

Pekerja Yang Terlibat Di Bawah Dasar Ini

Dasar ini terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan kecuali pekerja yang terlibat dalam perkhidmat domestik seperti pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak yang bekerja dalam rumah persendirian.

Pekerja swasta di sini membawa makna individu-individu atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  • Jadual Pertama Akta Kerja 1955
  • Jadual Ordinan Buruh Sabah
  • Jadual Ordinan Buruh Sarawak
Gaji Minimum 2023

Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022

PGM 2022 berkuatkuasa pada dua tarikh, iaitu pada:

1. Tarikh pertama pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji pokok RM1,500 melibatkan:

  • Seseorang majikan yang mengambil lima(5) orang pekerja atau lebih; dan
  • Tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia

Nota: Penjelasan mengenai pelaksanaan gaji pokok ke atas majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.

2. Tarikh berkuatkuasa yang kedua adalah pada 1 Januari 2023 , di mana pelaksanaan gaji pokok melibatkan:

  • Majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di titik kedua di atas.

Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji pokok bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja seperti berikut:

Nota: Namun begitu tarikh berkuatkuasa bagi pelaksanaan PGM pada tarikh kedua yang melibatkan majikan yang mempunya kurang 5 orang pekerja telah ditunda sehingga 1 Julai 2023.

Implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:

  • Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 secara rasminya terbatal, namun begitu apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah PGM 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan
  • Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam PGM 2022.

Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum

Berikut adalah penalti yang boleh dikenakan kepada majikan yang tidak melaksanakan PGM :

Maklumat Lanjut

Untuk Maklumat Lanjut berkenaan gaji minimum di Malaysia anda boleh pergi ke laman rasmi Kementerian Sumber Manusia

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top