E-Dompet Kredit Percuma Bernilai RM200 Untuk B40 & M40

E-Dompet Kredit Percuma termasuk dalam Pembentangan Belanjawan 2023 yang telah dilaksanakan berikutan pembentukan kerajaan baharu dibawah pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim (Kerajaan Perpaduan).

Dalam pembentangan belanjawan itu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan tunai elektronik (e-dompet) akan diperluaskan kepada semua mahasiswa berbanding had umur ditetapkan sebelum ini.

Berikut dikongsikan mengenai e-dompet dan juha syarat kelayakan yang ditetapkan.

E-DOMPET KREDIT PERCUMA 2023

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Pada Belanjawan 2023 E-Dompet ini dijenamakan kepada E-Tunai Belia Rahmah.

Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

E-Dompet Kredit Percuma

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

SYARAT KELAYAKAN

Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia

TARIKH BAYARAN BANTUAN E-DOMPET 2023

Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh tangkap layar 3 Mei 2023

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-dompet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top