Semakan Status eKasih 2023 Bantuan RM600

Semakan status eKasih 2023, Bantuan bernilai RM600 adalah salah satu inisiatif dalam program Sumbangan Tunai Rahmah yang diutarakan oleh kerajaan baharu dikongsikan dalam halaman ini.

Dalam intipati Belanjawan 2023, menerusi bantuan rakyat STR, kategrori isi rumah yang benar-benar terkesan akan mendapat manfaat yang lebih dengan data eKasih.

Sumbangan tambahan sebanyak RM600 ini adalah terdiri daripada kategori isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih.

Semakan Status eKasih 2023 Tambahan RM600

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih, sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

  • Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
  • Klik untuk carian

Nama yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;

  • Nama
  • KIR / AIR
  • Nama KIR
  • Status Daftar
  • Negeri
  • Daerah
Semakan Status eKasih 2023 Bantuan RM600

Bagi semakan ekasih untuk kategori ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh menyemak melalui nombor kad pengenalan mereka untuk mengetahui status ekasih.

Syarat Kelayakan Penerima eKasih Bantuan RM600 Baucar dan Bakul Makanan

Kelayakan penerima tambahan RM600 ini adalah kategori isi rumah yang tersenarai di bawah kategori miskin tegar dalam rekod data eKasih (ICU JPM).

Semakan untuk data eKasih boleh dibuat sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

Tarikh Bantuan

Bantuan tambahan ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

3 thoughts on “Semakan Status eKasih 2023 Bantuan RM600”

Comments are closed.

Scroll to Top