Bantuan RM700 Automatik. Semak Cara Mohon

Bantuan RM700 Automatik – Untuk pengetahun semua, pihak Kerajaan telah meneruskan pelaksanaan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam yang merupakan bantuan khusus kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40.

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023.

Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025. Melaluinya, skim ini menawarkan dua jenis manfaat utama iaitu:

Bantuan RM700 Automatik

Manfaat Hospitalisasi

Jika penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, mereka layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.

Manfaat Penyakit Kritikal

Jika penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, mereka boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

Dimaklumkan bahawa kelayakan untuk menjadi ahli mySalam adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Bagi kriteria umur pula adalah seperti kategori berikut:

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

Cara Menuntut mySalam

Bagi urusan Tuntutan Hospitalisasi, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Salinan Nota Discaj
  • Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Untuk Tuntutan Penyakit Kritikal pula, ia hendaklah dibuat dengan cara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik Muat turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan mySalam, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top