Tarikh Rasmi Kebenaran Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Tarikh Rasmi Kebenaran Pengeluaran Akaun 3 KWSP – Untuk makluman semua, Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semua dan ia akan mengekal objektif asalnya iaitu untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.

Simpanan dalam Akuan Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai usia 55 tahun.

Manakala, Akaun 2 pula selepas ini akan dikenali sebagai Akaun Sejahtera dan ia bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti: perumahan, pendidikan, kesihatan, haji, perlindungan insurans dan umur 50 tahun.

Tentang Akaun Fleksibel atau Akaun 3, ia adalah akaun baru yang diperkenalkan oleh KWSP. Melaluinya, ahli boleh mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Akan tetapi, pihak KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Penstrukturan semula akaun ini akan mula dilaksanakan pada 11 Mei 2024.Caruman baru yang dikreditkan selepas tarikh berkenaan akan diagihkan mengikut nisbah 75% untuk Akaun Persaraaan, 15% untuk Akaun Sejahtera dan 10% untuk Akaun Fleksibel. Ini adalah contoh agihan caruman ke Akaun KWSP:

Tarikh Rasmi Kebenaran Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Setelah tarikh itu, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Tetapi, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Cara Mohon Pengeluaran Akaun 3

Bermula pada 12 Mei hingga 31 Ogos 2024, setiap ahli berusia 55 tahun ke bawah akan diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan. Akan tetapi, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses.

Amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel itu tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli, sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera RM3,000 dan ke atas, pemindahan akan dibuat seperti berikut:
    • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan;
    • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.
  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000, pemindahan akan dibuat seperti di bawah:
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

Ahli seterusnya boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja akaun itu mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Permohonannya boleh dibuat secara atas talian  (online) melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Untuk maklumat lengkap dan teliti berkenaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top