Skip to content

Bantuan SARA 2024 Sudah Boleh Ditebus

Bantuan sara 2024

Bantuan SARA 2024 sudah boleh ditebus oleh penerima yang layak. Individu yang tersenarai layak akan menerima bayaran sebanyak RM100 sebulan sepanjang tahun 2024 ini. 

Bantuan tambahan ini merupakan bantuan bakul makanan kepada penerima STR yang layak pada tahun 2024 yang dilaksanakan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

BANTUAN SARA 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas.

Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).

  • Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
  1.  Warganegara Malaysia;
  2.  Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan 
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN SARA 2024

Untuk semakan status Bantuan ini penerima hendaklah layari laman rasmi melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my/

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA RM1200

Bantuan sebanyak RM1,200 akan disalurkan secara ansur sepanjang tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan kepada yang layak bermula :

  • Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024.

CARA PENGGUNAAN

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam IC anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Portal MyKasih.

Terdapat lebih 600 kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih berdaftar dengan Bantuan MySARA seluruh Malaysia, sila rujuk di sini kedai berhampiran anda : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.