Skip to content

Permohonan Skim Sokongan RM1500 Selama 6 Bulan

Permohonan Skim Sokongan RM1500 melalui Program Dana Kerjaya 2.0 akan diteruskan bagi tahun 2024 oleh kerajaan.

Skim pekerjaan ini telah diperkenalkan secara umum untuk meningkatkan peluang pekerjaan khusus untuk golongan OKU, Bekas Banduan, Pesara dan Warga Emas.

Skim ini juga merupakan skim sokongan pekerjaan di mana insentif penggajian sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerjaan yang diambil oleh sektor swasta dan GLC/GLIC yang menawarkan pekerjaan kepada golongan mudah terjejas bermula 31 Disember 2023.

Skim sokongan rm1500

Pengenalan Program Daya Kerjaya 2.0

Program Daya Kerjaya merupakan skim sokongan pekerjaan di Sektor Swasta dan GLC (Goverment – Linked Companies) serta GLIC (Goverment – Linked Investment Companies) merupakan satu insentif penggajian di bawah Belanjawan 2024 yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 10 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Program ini juga membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, pesara dan warga emas.

Insentif khas ini akan dibayar sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.

Tarikh Permohonan

  • Tarikh permohonan dibuka : 10 Januari 2024
  • Tarikh permohonan ditutup : 31 Disember 2024

Syarat-Syarat Permohonan Insentif RM1500

Berikut merupakan syarat-syarat tambahan yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk membolehkan mereka mendapat insentif yang ditawarkan melalui skim ini:

  • Majikan hendaklah telah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
  • Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
  • Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs

Cara Memohon Program Daya Kerjaya 2.0

Majikan yang berminat untuk memohon insentif Daya Kerjaya 2.0 yang ditawarkan ini boleh berbuat demikian melalui laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat berhubung skim ini, sila rujuk saluran berikut:

Facebook PERKESO: Pertubuhan Keselamatan Sosial
Laman web rasmi perkeso.gov.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.