Bantuan Tunai IKPP RM250

Bantuan tunai ikpp

Bantuan Tunai IKPP adalah bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) yang pada asasnya merupakan bantuan kewangan sebanyak RM250 secara ‘one-off’ kepada mereka yang layak.

Bantuan Tunai IKPP

Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP adalah sebuah insentif Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru yang menepati syarat-syarat kelayakan dan garis panduan yang ditetapkan.

Kadar IKPP juga telah dinaikkan kepada RM250, berbanding RM200 sebelum ini.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka hanya kepada anak-anak Negeri Pahang sahaja;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
    Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (di mana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Cara Membuat Permohonan

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan tunai ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP secara lengkap.

Borang kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

ANDA TIDAK LAYAK SEKIRANYA :

Poligami Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah) Nikah tanpa kebenaran Kedua pasangan bukan asal Pahang Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00  

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan dengan: 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang). 1 Salinan catatan akad nikah pemohon. 2 Salinan penyata akaun bank pemohon  

MUAT TURUN BORANG

Borang Insentif Khas Pasangan Pengantin

Maklumat lebih lengkap dan borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal e-Munakahat Pahang – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top