Terkini! STR 2024 Fasa 1 Dikreditkan Bermula 29 Januari 2024

Str 2024 fasa 1

Terkini! STR 2024 Fasa 1 Dikreditkan Bermula 29 Januari 2024. Kementerian Kewangan (MoF) telah memaklumkan bahawa, bayaran fasa pertama akan diawalkan dan mula disalurkan bermula 29 Januari iaitu Isnin ini.

Dalam pelaksanaan kali ini, seramai 8.2 juta penerima akan terima bayaran bermula Isnin ini. pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Perkongsian dibawah adalah info lebih mengenai STR 2024 Fasa 1.

Str 2024 fasa 1

BAYARAN STR DINAIKKAN

Menurut MOF, kerajaan telah menaikkan bayaran kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah, berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lepas, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah diumumkan, ianya akan mula disalurkan pada :

  • 29 JANUARI 2024

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan terdapat kenaikan pada kadar bayaran STR tahun hadapan. Ianya dilakukan setelah pihak sedar rakyat Malaysia ketika ini menghadapi masalah dengan keadaan kewangan mereka.

Selain itu, beliau berkata bahawa bayaran fasa pertama akan dinaikkan sebanyak RM500 berbanding STR 2023 hanya RM350 sahaja. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada Sumbangan Tunai Rahmah 2024 nanti mengikut setiap kategori penerima :

SEMAKAN STATUS STR

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Terdapat pelbagai lagi bantuan yang dikongsikan oleh pihak Mynewskini daripada pihak kerajaan. Ketahui jenis bantuan lain, sila rujuk SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top