Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Mulai Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Pemohon yang tiada dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Tarikh bayaran str fasa 1

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

  • Isi Rumah (≤ RM2,500) Kadar Bayaran RM500
  • Isi Rumah (RM2,501-RM5,000) Kadar Bayaran RM100-RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan Kadar Bayaran RM150
  • Bujang Kadar Bayaran RM100
Jumlah bayaran str fasa 1
Jumlah bayaran str fasa 1
Jumlah bayaran str fasa 1

Tarikh Pembayaran STR Fasa 1

Pembayaran STR Fasa 1 mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

  • Mempunyai akaun bank bermula 29 Januari – 2 Februari 2024
  • Tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) Mulai 29 Januari 2024

Semakan Status STR

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Membuat Semakan Status STR 2024

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024”

  1. Pingback: Rayuan STR 2024 Kini Dibuka | Mynewskini

Comments are closed.

Scroll to Top