Senarai Penerima STR Fasa 1 Yang Telah Mula Dikreditkan

Senarai penerima STR Fasa 1

Senarai penerima STR 2024 Fasa 1 telah mula disalurkan pasa 29 Januari 2024. Kementerian Kewangan (MoF) telah memaklumkan bahawa, bayaran fasa pertama akan diawalkan dan mula disalurkan bermula 29 Januari iaitu Isnin ini.

Dalam pelaksanaan kali ini, seramai 8.2 juta penerima akan terima bayaran bermula Isnin ini. pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Perkongsian dibawah adalah info lebih mengenai STR 2024 Fasa 1.

Senarai Penerima STR Fasa 1

Bagi pembayaran STR Fasa 1 tahun 2024, ia akan dibuat dengan kadar dan kepada penerima berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Tarikh Bayaran

Seperti yang telah diumumkan, ianya akan mula disalurkan pada :

  • 29 JANUARI 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Terdapat pelbagai lagi bantuan yang dikongsikan oleh pihak Mynewskini daripada pihak kerajaan. Ketahui jenis bantuan lain, sila rujuk SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top