Bantuan SARA : Cara Penggunaan

Melalui Bantuan SARA, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan (setahun) secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Penerima STR yang menepati syarat-syarat tertentu juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 sebelum ini.

Bantuan SARA

Mulai tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).

Syarat Umum:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Penggunaan

Bagi yang diluluskan STR dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, penerima akan dikreditkan bermula pada bulan Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya boleh menebus kredit bantuan berkenaan di kedai runcit terpilih untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara menggunakannya pula adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Bagi Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top