SEMAKAN SARA 2024

Semakan SARA 2024: Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM1,200 akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin dan miskin tegar.

Bantuan ini akan disalurkan ke dalam Kad pengenalan penerima yang layak.

Pelaksanaan bantuan ini merupakan salah satu program bantuan dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana, penerima STR yang layak akan menerima bayaran tambahan untuk tempoh 12 bulan.

SEMAKAN SARA 2024

Untuk semakan status Bantuan ini penerima hendaklah layari laman rasmi melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA RM1200

Bantuan sebanyak RM1,200 akan disalurkan secara ansur sepanjang tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan kepada yang layak bermula :

  • Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024.

CARA PENGGUNAAN

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam IC anda.

Terdapat lebih 600 kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih berdaftar dengan Bantuan MySARA seluruh Malaysia, sila rujuk di sini kedai berhampiran anda : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top