Bantuan SARA Cara Semakan

Bantuan SARA 2024 | Cara semak status bantuan barangan dapur sebanyak RM1200 selama 12 bulan untuk kategori penerima STR yang layak 2024.

Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024) adalah merupakan sebuah program bantuan tambahan yang menyediakan barangan dapur kepada rakyat Malaysia.

Program ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan isi rumah yang layak mendapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.

Bantuan SARA 2024 Bantuan Barangan Dapur RM1,200

SARA 2024 bantuan barangan dapur akan diberikan kepada isi rumah dengan kadar RM100 sebulan selama 12 bulan dan jumlah RM1200. Manakala, bujang layak mendapat bantuan sebanyak RM50 setiap bulan.

Penerima STR 2024 akan mendapat kredit barangan dapur yang boleh digunakan dengan menggunakan mykad mereka.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan barangan dapur:

  • Merupakan penerima STR di bawah ekasih
  • Merupakan penerima STR bukan miskin terima RM300
  • Bujang dan warga emas terima RM150

Cara Mohon

Anda tidak perlu memohon bantuan ini kerana ia akan diberikan secara automatik. Jika anda memenuhi syarat dan terima STR 2024, bantuan ini akan dimasukkan ke Mykad anda.

Tarikh Bayaran Bantuan Barangan Dapur RM1200 2024

Mulai 22 Januari 2024, bayaran akan dikenakan bagi pengguna di semenanjung Malaysia. Manakala, pengguna di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mula dikenakan bayaran pada 19 Februari 2024.

Cara Semak Status Bayaran Bantuan SARA 2024

Cara semak status bayaran SARA 2024 ialah:

  • Layari laman web rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/
  • Sila tekan ikon Semak Status
  • Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Sila Tekan ikon Semakan Status
  • Maklumat status bayaran SARA 2024 akan dipaparkan

Cara Tebus Bantuan

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam IC anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Portal MyKasih.

Terdapat lebih 600 kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih berdaftar dengan Bantuan MySARA seluruh Malaysia, sila rujuk di sini kedai berhampiran anda : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bantuan SARA Cara Semakan”

Comments are closed.

Scroll to Top