Bantuan Sara Diri RM500 Sehingga RM2000 : Cara Memohon

Bantuan sara diri RM500 adalah tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

Bantuan ini diberikan oleh kerajaan Negeri Perak khas buat anak jati Negeri Perak yang menuntut di IPT.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan ini melibatkan kepada mahasiswa sepenuh masa semester kedua dan ke atas bagi peringkat :

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah

Setiap peringkat tersebut hendaklah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia.

Setiap kelayakan, mahasiswa tersebut akan menerima bayaran bermula RM500 sehingga RM2000.

Syarat kelayakan

1. Anak-anak yang dilahirkan di Negeri Perak seperti berikut

  • Pemohon dan ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Perak- atau
  • Pemohon dan ibu atau bapa dilahirkan di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak melebihi 10 tahun; atau
  • Pemohon dan ibu bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak melebihi 10 tahun.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang mengikuti pengajian SEPENUH MASA pada SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (SARJANA) dan Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). ) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open University Malaysia (OUM) tidak layak memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan hendaklah disokong/disahkan oleh jabatan Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Keluarga Isi Rumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan bawah RM3,000 (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada pelajar yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Pelajar yang telah menerima sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan daripada mana-mana agensi atau syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Dianugerahkan sekali sahaja setahun bagi setiap pelajar mengikut tahap pengajian. (Bantuan Sara Diri).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.

2. Salinan kad pelajar.

3. Salinan penyata akaun bank pelajar.

4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jikaberkaitan).

5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini.

6. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendirisila dapatkan pengesahan pendapatan.

7. Borang Perakuan : Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan

Cara Permohonon Bantuan

Bagi yang berkelayakan, anda boleh memohon bantuan di pautan berikut: https://eheyns.com.my/proses-syarat/

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi di sini : https://eheyns.com.my/ atau hubungi

  • Telefon 05-2538600
  • Fax 05-2545921
  • [email protected]
  • [email protected]
  • [email protected]
  • Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak,
    Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top