MyJPJ Cara Pendaftaran Serta Semakan Road Tax

MyJPJ dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia pada tahun 2016. Pelancaran platform dalam talian ini adalah dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih mudah dan efisien kepada orang ramai dan juga untuk memodenkan perkhidmatan JPJ.

Baru-baru ini Menteri Pengangkutan telah mengumumkan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian menerusi aplikasi MyJPJ, yang telah dilaksanakan mulai 10 Februari 2023.

MyJPJ : Apakah Aplikasi ini?

MyJPJ adalah platform dalam talian yang dimiliki oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Ia membolehkan orang ramai untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan JPJ secara dalam talian, termasuk pembayaran cukai jalan, pengurusan lesen memandu, pemeriksaan status kenderaan, dan banyak lagi.

Dengan menggunakan MyJPJ, pengguna dapat menghemat masa dan tenaga kerana tidak perlu pergi ke kaunter JPJ secara fizikal untuk urusan yang boleh dilakukan secara dalam talian.

Cara Pendaftaran

Terdapat beberapa cara pendaftaran aplikasi ini. Pengguna boleh mendaftar secara atas talian menggunakan ID Awam MySikap iaitu melalui portal awam JPJ atau terus melalui aplikasi MyJPJ.

Pengguna juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak JPJ.

Namun begitu, orang awam digalakkan mendaftarkan akaun mereka secara digital melalui portal awam JPJ di pautan https://public.jpj.gov.my/ ataupun melalui aplikasi bagi memudahkan urusan.

Berikut dikongsikan cara pendaftaran MyJPJ Menggunakan ID Awam MySikap bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ.

  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan Platform Digital JPJ
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ di peranti pilihan anda
  3. Log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan ID MySikap yang telah ditetapkan.
  4. Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.

DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:

  1. Google Playstore
  2. Apple App Store

Di bawah merupakan langkah-langkah pendaftaran ID MySikap menerusi Aplikasi MyJPJ:

  1. Tekan ‘Daftar Akaun Baharu
MyJPJ

2. Isikan No. Kad Pengenalan atau MyPR/MyKAS bagi pemastautin tetap

3. Isikan maklumat yang diminta.

4. Isikan jawapan bagi soalan keselamatan.

5. Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.

6. Tetapkan kata laluan. Selesai.

Perkhidmatan yang disediakan MyJPJ

Setelah berjaya mendaftar masuk ke dalam Aplikasi ini, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai perkara. Antaranya adalah:

  1. Bidaan nombor kenderaan
  2. Semakan nombor terkini
  3. Semakan lesen kenderaan
  4. Semakan lesen memandu
  5. Semakan keputusan Ujian
  6. Semakan saman
  7. Semakan senarai hitam

Cara Semak Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan di MyJPJ

Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu ‘Semakan Lesen Memandu‘, dan paparan di bawah akan muncul.

Manakala jika ingin menyemak lesen kenderaan, anda perlu menekan ‘Semakan Lesen Kenderaan‘ di Bahagian Utama dan paparan di bawah akan muncul.

Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui aplikasi ini:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat tambahan boleh diperoleh melalui Facebook Ministry Of Transport Malaysia dan juga terus melalui aplikasi MyJPJ.

Untuk merealisasikan inisiatif pendigitalan ini, orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.

Sumber: semakanonline.com

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top