Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan Bermula September 2023

Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan akan diagihkan bermula September 2023 bagi mereka yang layak. Berikut adalah maklumat mengenai bantuan ini.

Pelbagai bantuan yang diberi oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sama ada perlu dimohon atau pun layak secara automatik dengan data rakyat yang sedia ada.

Berkenaan bantuan sebanyak RM300 sebulan ini, ia adalah bantuan kepada Veteran ATM.

Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan kepada Veteran ATM Tidak Berpencen bermula pada usia 60 tahun berbanding pada usia 80 tahun sebelum ini. Bantuan ini adalah kesinambungan tentang keprihatinan Kerajaan kepada penjawat awam.

PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) RM300

Berikut merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300:

  • Veteran ATM Tidak Berpencen bermula pada usia 60 tahun

JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran ATM Tidak Berpencen bermula pada usia 60 tahun:

  • RM300 SEBULAN

TARIKH BANTUAN SARA HIDUP (BSH) RM300 BERKUAT KUASA

Berikut merupakan tarikh Bantuan Sara Hidup (BSH) berkuat kuasa:

  • SEPTEMBER 2023
Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan Bermula September 2023

CARA PENDAFTARAN

  1. Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  3. Pilih â€˜Jenis Pengguna’.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Kemudian, klik â€˜Semak’ untuk membuat pengesahan.
  6. Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  7. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.
Bantuan Sara Hidup RM300

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran ATM Tidak Berpencen bermula pada usia 60 tahun ini, sila klik pada pautan yang berikut:

Atau layari laman rasmi JHEV

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top