Skip to content

Mohon Bantuan Kanak-kanak RM150-RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak-kanak RM150-RM1000 sebulan boleh dimohon oleh golongan yang berkelayakan. Berikut merupakan maklumat berkaitan bantuan ini.

Bantuan Kanak-kanak

Bantuan Kanak-Kanak bertujuan membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Selain itu, BKK JKM turut bertujuan membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar Bantuan Kanak-Kanak

Kadar bantuan ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  3. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  4. Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  5. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  6. Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan mengenai Bantuan ini sila ke laman Rasmi JKM.

Atau hubungi :

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Aduan : [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.