Bantuan Smart Sewa Selangor Untuk B40

Bantuan Smart Sewa Selangor untuk golongan B40. Bantuan ini satu inisiatif kerajaan Selangor bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah.

Pada 25 Februari lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan berhasrat memperluas Skim Smart Sewa bagi membantu lebih ramai rakyat miliki kediaman sendiri.

Bantuan Smart Sewa atau Skim Smart Sewa

Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya memiliki Rumah Selangorku untuk memiliki kediaman sendiri.

Skim Smart Sewa Selangor adalah inisiatif dari negeri Selangor untuk menangani masalah kenaikan harga rumah bagi memberi peluang untuk menyewa di negeri Selangor.

Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.

Melalui Skim Smart Sewa Selangor ini, ianya akan memberi manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran.

Bantuan Smart Sewa Selangor untuk golongan B40

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  • Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  • Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  • Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  • Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Tempoh Sewaan Smart Sewa Selangor

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Berikut merupakan lokasi projek yang anda boleh mohon:

  • Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang
  • Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong
  • Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam
  • Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang
  • Pangsapuri Idaman Abadi, Klang
  • Pangsapuri Harmoni, Putra Heights
  • Pangsapuri Serunai, Bukit Raja
  • Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning
  • Pangsapuri Kemuning Idaman, Kemuning Utama
  • Pangsapuri De Cemara, Setia Alam
  • Pangsapuri Putra Prima, Puchong

Cara memohon Smart Sewa Selangor

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk skim sewaan ini melalui salah satu cara di bawah:

  1. Permohonan secara dalam talian di laman web SSIPR di alamat https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register
    • Daftar akaun terlebih dahulu
    • Selepas melengkapkan pendaftara, log masuk ke akaun anda
    • Lengkapkan segala butiran yang diminta dan hantar permohonan
  2. Muat turun permohonan melalui laman web http://phssb.com/borang/
    • Print borang permohonan
    • Lengkapkan segala butiran yang diminta dalam borang permohonan tersebut.
    • Hantarkan boarng beserta dokumen lengkap ke alamat berikut:

      Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
      Tingkat 5, Podium Utara,
      Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
      40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

      atau scan dan emel ke: [email protected]

Setiap pemohon akan ditemuduga terlebih dahulu.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor ini, sila hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top