Bantuan SARA RM600 Telah Dikreditkan

Bantuan SARA diberikan dalam bentuk kredit etunai MyKasih RM100 sebulan di Semenanjung, manakala RM600 diberikan secara one-off bagi penerima di Sabah & Sarawak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah SARa bagi tahun 2023.

Bantuan SARA RM600

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini melibatkan bantuan tunai yang dibayar secara empat fasa kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima STR sedia ada yang menepati syarat-syarat kelayakan.

SARA pula adalah bantuan kewangan sebanyak RM100 selama 6 bulan dengan jumlah keseluruhannya RM600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bantuan sara rm600

Cara Tebus

Terdapat dua cara pembayaran SARA iaitu:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Bagi yang dikreditkan ke dalam MyKad, mereka akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan barangan asas.

Berikut adalah tatacara menggunakan MyKad bagi menggunakan bantuan SARA ini:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Manakala, maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk DI SINI.

CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2023 telah mula disalurkan bermula 17 Julai 2023.

Bantuan ini akan diberikan selama 6 bulaniaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023 (bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia). *Manakala bagi negeri-negeri di Sabah, Sarawak & WP Labuan, bayaran sebanyak RM600 secara tunai atau melalui akaun bank akan dikreditkan sekaligus.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – 17 Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – 1 Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – 1 September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – 1 Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – 1 November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – 1 Disember 2023 (RM100)

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top