Bantuan Tunai Am Negeri RM100 RM350 Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Tunai Am Negeri RM100 RM350 Dikreditkan Setiap Bulan. Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan.

Pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing telah memperkenalkan banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan.

Ini bagi membantu golongan sasar untuk menerima bantuan bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Bantuan Am Negeri

Bantuan Am Negeri diperkenalkan dengan tujuan untuk diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

KADAR
Berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di negeri-negeri berkaitan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Memohon Bantuan

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Klik Sini Untuk Mohon

Permohonnya boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.

Cara Semakan Tarikh Menerima Bantuan

Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:

  1. Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
  2. Tekan ‘Carian Dokumen’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
  5. Masukkan nombor akaun bank anda
  6. Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
  7. Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
  8. Tekan butang ‘Cari’
  9. Maklumat pembayaran akan dipaparkan

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top