Bantuan Sebanyak RM1200 2024 Tebus Melalui MyKad

Bantuan sebanyak RM1200

Bantuan sebanyak RM1200 adalah inisiatif tambahan yang merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR yang layak pada tahun 2024 selaras dengan perlaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (MYSARA).

Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM100 sebulan sepanjang tahun 2024 ini dan ia berjumlah keseluruhan berjumlah RM1200.

Bantuan Sebanyak RM1200

Bantuan sebanyak RM1200 bagi tahun 2024 ini akan memanfaatkan seramai 700 ribu penerima pada thaun 2024 ini. Angka ini meningkat setelah Perdana Menteri menaiktaraf jumlah penerima berbanding tahun lalu hanya 210 ribu penerima sahaja.

Menerusi program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini, penerima STR yang berkelayakan akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM100 dan ianya akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad secara automatik.

Bayaran Bantuan

Pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori penerima :

Semakan Kelayakan

Bagi membuat semakan bantuan MySara 2024 RM1200 ini sila ikuti langkah berikut:

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Cara Tebus Bantuan

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam IC anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Portal MyKasih.

Terdapat lebih 600 kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih berdaftar dengan Bantuan MySARA seluruh Malaysia, sila rujuk di sini kedai berhampiran anda : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top