Bantuan Kewangan RM150 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Bantuan kewangan RM150

Bantuan Kewangan RM150 untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira had pendapatan, sila semak sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan bantuan kewangan RM150. Berikut maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini

Bantuan Kewangan RM150

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Bantua ini berobjektif untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Kadar BAP pula adalah sebanyak RM150 dan akan diberikan kepada setiap murid sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 1 secara ‘one-off’.

Pemberiannya juga diberikan kepada setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Sebagai contoh, jika sebuah keluarga itu mempunyai dua orang anak bersekolah, makanya mereka layak menerima BAP sebanyak RM300.

Pembayaran BAP

Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Pembayarannya mula dilaksanakan pada bulan Januari 2024. Manakala, bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” petikan dari Kenyataan Rasmi KPM.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid mulai Januari 2024. Bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024.

Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kenyataan Media Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top