STR Fasa 1 Rayuan Semakan Dan Jumlah Bayaran

STR Fasa 1 Rayuan Semakan

STR Fasa 1 Rayuan, Semakan Dan Jumlah Bayaran yang diterima oleh rakyat Malaysia yang memenuhi syarat dikongsikan di halaman ini, bagi mereka yang gagal menerima bantuan STR 2024 boleh semak maklumat berikut dan membuat permohonan rayuan.

STR Fasa 1

STR Fasa 1 : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Senarai Penerima STR Fasa 1

Bagi pembayaran STR Fasa 1 tahun 2024, ia akan dibuat dengan kadar dan kepada penerima berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM500
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM100
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM250
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM100

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM150

Tarikh Bayaran

Seperti yang telah diumumkan, ianya akan mula disalurkan pada :

  • 29 JANUARI 2024

Cara Membuat Semakan Status STR 2024

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Permohonan Rayuan STR

Pеrmоhоnаn rауuаn STR 2024 kini boleh dіlаkukаn mеlаluі laman portal rаѕmі MуSTR 2024 bermula 29 Januari 2024.

Rауuаn STR іnі bertujuan untuk membantu реnеrіmа STR 2024 уаng tіdаk luluѕ аtаu gаgаl memohon ѕеmulа rауuаn dengan mеnуеrtаkаn ѕеkаlі dоkumеn yang dіреrlukаn LHDNM.

Cara Memohon Rayuan Dalam Talian

Cara mohon rayuan STR 2024 online seperti berikut:

Untuk dokumen rayuan STR 2024 bergantung kepada kod tidak lulus permohonan STR 2024.

Rujuk  Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024 soalan nombor 68 untuk rujuk senarai dokumen diperlukan mengikut alasan tidak lulus.

Antara contoh dokumen diperlukan ialah MyKad pemohon, Mykid, sijil lahir, dokumen pasangan dan lain-lain dokumen mengikut alasan tidak lulus.

Tarikh Tempoh Rayuan

Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Mulai 29 Januari 2024

Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Secara Dalam Talian
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Maklumat Lanjut

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Terdapat pelbagai lagi bantuan yang dikongsikan oleh pihak Mynewskini daripada pihak kerajaan. Ketahui jenis bantuan lain, sila rujuk SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top