Bantuan Skim Perubatan Madani

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan untuk menampung keperluan kesihatan Golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan).

Objektif Skim Perubatan MADANI ini adalah untuk meningkatkan kebajikan dan juga kesejahteraan Golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada Rawatan Sakit-sakit Ringan di Klinik-Klinik Perubatan Swasta yang berdekatan dengan tempat bekerja atau kediaman.

Objektif Skim Perubatan MADANI juga adalah untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Rawatan Sakit-sakit Ringan, menerusi kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership – PPP).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam Golongan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Lebih kurang 700,000 Isi Rumah boleh mendapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan-golongan yang berpendapatan rendah.

Skim Perubatan MADANI memberikan tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan juga swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Sakit-Sakit Ringan.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Skim Perubatan Madani.

KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI

Berikut merupakan kelayakan untuk Skim Perubatan Madani

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, bujang, & warga emas (tanpa pasangan).
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB untuk membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana bantuan yang sama ataupun serupa seperti Skim ini daripada mana-mana Skim Majikan/ Kerajaan Negeri/ Agensi Perubatan lain.

RAWATAN SAKIT-SAKIT RINGAN

Rawatan Sakit-sakit Ringan merangkumi:

  • Demam dan Selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk adalah:

  • Imunisasi Rutin;
  • Saringan Kesihatan;
  • Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin;
  • Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin;
  • Perancangan Keluarga Rutin;
  • Perkhidmatan Rehabilitasi;
  • Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor; dan
  • Permintaan Suplemen

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, sila layari Portal ProtectHealth di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top