e-Perkhidmatan LHDN Mulai 1 Januari 2024

Mulai 1 Januari 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menetapkan penggunaan e-Perkhidmatan wajib untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia dalam talian melalui Portal MyTax.

Dalam kenyataan, LHDN menyatakan bahawa langkah tersebut selaras dengan perkembangan teknologi dan digitalisasi dalam sistem perkhidmatan cukai, serta tekad untuk meningkatkan mutu perkhidmatan LHDN.

LHDN menyatakan bahawa pelaksanaan mandatori e-Perkhidmatan juga memerlukan penyampaian Borang Nyata (BN) secara e-Filing untuk kategori pembayar cukai.

“Individu, Perkongsian Pertubuhan dan Harta Pusaka, borang e-BE, e-B, e-BT, e-M, e-MT, e-P, e-TF dah e-TP mulai tahun taksiran 2023; Operasi Petroleum borang e-CPP dan e-CPE mulai tahun taksiran 2023.

“Majikan – Syarikat/Syarikat Labuan, borang e-E mulai tahun saraan 2016 dan Majikan – Selain Syarikat/Syarikat Labuan, borang e-E mulai tahun saraan 2023,” kata kenyataan itu.

LHDN berkata, borang e-E hanya dianggap lengkap jika CP8D iaitu maklumat saraan pekerja dikemukakan sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan borang.

Tambah LHDN, bagi tujuan penyediaan maklumat saraan pekerja, format CP8D bagi tahun saraan 2023 telah dikemaskini dengan tambahan dua medan maklumat iaitu Status Pekerja dan Tarikh Persaraan/Tamat Kontrak.

“Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Praisi/e-CP8D bagi tahun saraan 2023 yang dilampirkan bersama-sama Program Memfail BN 2024 ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, LHDN memaklumkan, Program Memfail BN bagi Tahun 2024 telah dimuat naik pada portal rasmi LHDN sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk
mengemukakan BN pada tahun 2024.

Jelas LHDN, dokumen berkenaan boleh diakses dan dimuat turun di www.hasil.gov.my.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 /603-8911 1100 (Luar Negara).

“HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.goV.my/Public,” kata LHDN.

Sunber KOSMO! ONLINE

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top