Semakan Dividen ASB Online Mulai 1 Januari 2024

Bulan Disember dan Januari sangat dinantikan oleh individu yang menyimpan dana dalam Amanah Saham Nasional Berhad, terutamanya ASB. Untuk makluman bahawa PNB telah mengumumkan dividen pada 21 Disember 2023.

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 1.0%

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023. Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.

Transaksi pelaburan ini akan dipertimbangkan untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit untuk menikmati perhitungan penuh distribusi pendapatan mulai Januari 2024.

Semakan & Cara Kira Dividen (ASB Financing) ASBF

ASB | Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Ia melebihi kadar agihan pendapatan tahun lalu iaitu 4.6 peratus.

Cara kira dividen ASBF tahun ini sangat menguntungkan kerana ianya SOLID dan tidak dihadkan kepada RM30,000 unit terawal seperti tahun 2022.

Cara kira dividen ASBF 2023

= RM100,000 x 5.25%

= RM5,250

Cara kira dividen ASBF 2022

= (RM100,000 x 4.6%) + (RM30,000 x 0.5%)

= RM4,600 + RM150

= RM4,750

Dari RM4,750 menjadi RM5,250! Ingat, ini duit ASBF kita bakal guna waktu pencen nanti. Jangan keluarkan untuk berjoli. Tapi, kalau ingin guna untuk bayar bulanan untuk tahun 2024 adalah digalakkan supaya gaji bulanan boleh labur lagi dalam ASB simpanan. Ada ASB & ASBF untuk simpanan kita.

Tarikh Semakan Dividen ASB 2023

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.

Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2024 di Kaunter ASNB.

Semakan dividen asb online

Cara Semakan Dividen ASB

Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.

Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan
Semakan dividen asb online

NOTA PENTING – Berikut adalah istilah yang anda akan jumpa pada laman web paparan utama MyASNB :

  • Info dividen ASB 2023 = Tidak termasuk bonus
  • Jumlah unit = Baki pelaburan terkini
  • 5 urus niaga terkini
    • Normal reinvestment = Dividen
    • Special reinvestment = Bonus

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2023 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top