Sulung 2.0 : Pengecualian Yuran Buat Wakil Pertama Keluarga B40

Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 ialah inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertujuan membantu pelajar pertama dari keluarga berpendapatan rendah (B40) yang mencapai pencapaian menjadi wakil pertama keluarganya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Program ini menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak dengan memberikan pengecualian pembayaran yuran, membantu mereka mengurangkan beban hutang pinjaman yang tinggi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program bantuan pendidikan di bawah KPT ini, pastikan anda terus membaca sehingga habis artikel ini.

Sulung 2.0

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) 2.0 merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pelaksanaan Program Sulung 2.0 ini adalah untuk menyediakan pembiayaan pendidikan kepada anak pertama daripada keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga yang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi untuk menyambung pengajian mereka di universiti awam.

Bagi program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta dan akan memanfaatkan seramai 10,000 mahasiswa untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke universiti awam di Malaysia.

Sulung 2.0

Sebahagian besar yuran pengajian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan di bawah program ini termasuklah tawaran biasiswa, yuran kediaman, sesi mentoring sehingga berjaya mendapat pekerjaan dan pelan data internet bagi tujuan pengajian.

Program Sulung 2.0 ini dijalankan bertujuan untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan yang inklusif dan menyokong transformasi sosial bagi membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga B40 ke satu tahap yang lebih baik agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Berikut adalah antara manfaat yang bakal diperoleh jika anda menerima bantuan ini:

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi individu yang ingin melakukan permohonan bagi bantuan Sulung 2.0 ini ialah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar sedang dan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang pengajian di Universiti Awam terlibat.
  3. Anak pertama dalam keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
  4. Memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.0 ke atas
  5. Bukan merupakan penerima biasiswa penuh pengajian daripada mana-mana pihak (Tidak termasuk peminjam PTPTN, pinjaman boleh ubah/zakat dan lain-lain bantuan kewangan berbentuk biasiswa penuh)

Kaedah Permohonan

Kaedah permohonan bagi program Sulung 2.0 ini adalah bergantung kepada IPTA pemohon. Jadi sila pastikan anda merujuk pada universiti anda bagi melakukan sebarang permohonan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top