Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah

Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah. Bantuan khas tiket penerbangan secara one-off oleh Kerajaan Negeri Sabah khas untuk pelajar berasal dari Sabah yang menuntut di luar negeri Sabah.

Permohonan dibuka kepada pelajar-pelajar Sabah yang menuntut di IPTA/IPTS di Semenanjung, Sarawak dan Labuan serta tidak menerima tajaan pengajian dari BKNS, MUIS dan Yayasan Sabah.

Maklumat mengenai subsidi ini boleh dilihat dan dibaca melalui artikel dibawah :

Terma Dan Syarat

Pelajar yang berasal dari Sabah dan masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Pelajar bukan penerima tajaan biasiswa dari Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Yayasan Sabah (YS) atau Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Salinan Kad Pengenalan, Salinan Kad Pelajar, Keputusan Peperiksaan Terkini / Surat Pengesahan Pelajar dan Salinan Penyata Bank pemohon.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Salinan Kad Pengenalan, Salinan Kad Pelajar, Keputusan Peperiksaan Terkini / Surat Pengesahan Pelajar dan Salinan Penyata Bank pemohon.

Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) secara atas talian (online) sahaja di pautan https://subfly.sabah.gov.my/

Bantuan subsidi tiket penerbangan ini tidak terhad digunakan sempena Aidilfitri sahaja sebaliknya boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga Oktober tahun ini.

Maklumat Lanjut dan hotline

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
(TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERI

Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.

Telefon: 088-369872/369164

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top