Kongsi Petikan Ayat Islamik Lepas Isu Aliff Tak Ceraikan Bella, Netizen Meluat Dengan Ruhainies – “Sebelum ni takde pun ayat Islamik”

Netizen meluahkan rasa meluat mereka terhadap sikap aktres Ruhainies yang kerap dilihat berkongsi petikan ayat islamik di Instagram sejak kes tangkap khalwat tersebut.

Bahkan, ramai sudah boleh agak pelakon itu akan berkongsi lagi ayat islamik selepas hangat tentang isu Aliff Aziz enggan menceraikan Bella Astillah.

Kongsi ayat islamik tetang kehidupan

Memang betul tekaan netizen, semalam Ruhainies berkongsi satu petikan ayat islamik atau muhasabah diri tentang kehidupan di Instagram story.

Ayat itu membahaskan tentang melambatkan sesuatu atau kelewatan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia dan semua perkara akan berlaku mengikut perancangan Allah SWT.

Tunggang agama pula

Sebelum ini, isu tersebut sudah menjadi bualan warganet dan sehingga kini ramai sudah naik meluat dengan perkongsian islamik Ruhainies.

Apatah lagi, sebelum ditangkap khalwat Ruhainies bukanlah seorang selebriti yang gemar berkongsi petikan ayat islamik atau muhasabah diri sebegitu.

Malah, disebabkan ini ada yang menggelarnya ‘pathetic’ serta dikritik kerana menunggang agama.

Sumber Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top