Bantuan Tambahan RM480 One-Off Untuk Wanita

Bantuan tambahan RM480 one-off untuk wanita rakyat Malaysia yang berkelayakan akan diberi setiap tahun sejak tahun 2019.

Melalui bantuan ini, pelbagai faedah yang akan di perolehi melalui skim i-Suri dari KWSP ini di mana ibu-ibu dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.

Antaranya mereka dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.

Bantuan Tambahan RM480 : i-Suri KWSP

Kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah.

i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

Manfaat i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan Hilang Upaya : RM5,000

* Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Bantuan tambahan rm480

SYARAT KELAYAKAN

Sekiranya anda berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, beberapa syarat kelayakan yan telah di tetapkan oleh pihak KWSP, antaranya adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
  • Berumur 55 tahun kebawah
  • Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)

Nota : Suri rumah hanya boleh memilih salah satu insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda telah berdaftar dengan insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlulah membatalkannya terlebih dahulu untuk sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP.

CARA MOHON & BORANG PENDAFTARAN

Sekiranya anda merupakan di antara individu yang berkelayakan untuk bantuan ini, permohonan dan pendaftaran ahli i-Suri KWSP boleh di lakukan di mana-mana kaunter KWSP yan berdekatan. Sila sertakan sekali dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan proses permohonan anda di lakukan :

Nota : Caruman ini akan melibatkan seramai 359,065 wanita yang telah berdaftar denan sistem e-Kasih dan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi menjayakan prorgram ini. 

CARUMAN

Bagi membolehkan dan melayakkan suri rumah untuk mendapat RM40 sebulan, caruman individu hendaklah di buat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum sebanyak RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Tiga kaedah boleh anda lakukan untuk membuat caruman iaitu :

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.

CARA DAN SALURAN BAYARAN

Berikut dikongsikan bagaimana cara dan kaedah bayaran kepada penerima yang layak :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai insentif i-Suri ini, anda boleh menghantarkan pertanyaan anda ke :

https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top