Kategori Penerima STR Fasa 2, Sila Semak.

Kategori penerima STR Fasa 2 dikongsikan oleh pihak Mynewskini agar pembaca dapat menerima beberapa maklumat dan boleh membuat kemaskini data ataupun membuat rayuan nanti.

Sebanyak tiga kategori yang mendapat manfaat dalam pelaksanaan STR Fasa 1 yang lalu iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas yang tiada pasangan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Perdana Menteri yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian.

Kerajaan bersetuju akan meneruskan bantuan penjenamaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah kerajaan laksanakan dengan Fasa 1 akan disalur pada bulan Januari lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 2

Berikut adalah kategori penerima yang layak pada STR Fasa 2 akan datang :

KATEGORI ISI RUMAH

  • Berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menetapi syarat
  • Berpendapatan bulanan di bawah RM 5,000 dan ke bawah

KATEGORI BUJANG

  • Bujang belum berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda/ duda tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun
  • Berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

Info penting : Kategori yang disebutkan diatas adalah berdasarkan maklumat pelaksanaan BKM sebelum ini.

Kategori penerima str

SEMAKAN STR 2023

Pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Cara Semak Status STR

Status kelayakan pembayaran STR fasa 1 boleh disemak mulai 17 Januari 2023.

Masuk dan layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my

Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

  • Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top