Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) Bantuan Untuk Pelajar IPT

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) adalah program bantuan pendidikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia (Yayasan Pelajaran MARA YPM).

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar Sabah yang berusia antara 18 hingga 25 tahun untuk meneruskan pengajian di peringkat pra-universiti, diploma atau ijazah di institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negara.

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti memiliki kelayakan akademik yang baik, berasal dari keluarga berpendapatan rendah atau berasal dari kawasan pedalaman, boleh memohon untuk menerima bantuan dari program ini.

Bantuan yang diberikan melalui program SDEP termasuk elaun bulanan, elaun pembelian buku dan alat tulis, elaun pengangkutan, elaun pakaian, elaun komputer serta pembayaran yuran pengajian dan insurans. Jumlah bantuan yang diberikan bergantung pada kelayakan dan keperluan pelajar yang memohon.

Skim Dana Ehsan Pendidikan

MISI

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.

OBJEKTIF

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

FAEDAH – FAEDAH

Kumpulan Sasaran

  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan “dropouts” dikalangan pelajar IPT.
  • Meringankan beban kos pengajian.

Penyumbang

  • Memperolehi tolakan cukai pendapatan.
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • Mempromosi syarikat penyumbang.
  • Amal jariah.

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

PERMOHONAN DAN KELULUSAN

Segala kelulusan tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.

MUAT TURUN BORANG

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) anda boleh menghubungi ;

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top