Bantuan Tunai BMT Sebanyak RM200 Mula Dikreditkan Disember Ini

Bantuan Tunai BMT ini berjumlah sebanyak RM800 yang akan diberikan melalui secara 4 bulan bermula dari bulan November 2023 sehingga Februari 2024.

Bantuan Tunai BMT

Bantuan Tunai BMT bertujuan untuk meringankan beban para pekebun kecil.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan inisiatif kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang dirancang untuk memberi sokongan kepada pekebun kecil dan penoreh getah. Dalam satu langkah positif, Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan ini kepada RM800, dibandingkan dengan RM600 sebelumnya.

BMT, yang dikelola oleh RISDA, bertujuan meringankan beban kewangan para pekebun kecil semasa musim tengkujuh.

Syarat Kelayakan

Untuk memastikan kelayakan, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan tanah antara 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • Satu lot hanya untuk seorang pekebun kecil, sama ada sebagai pemilik tanah atau penoreh;
  • Penerima hanya berhak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (untuk Penoreh Bukan Pemilik).

Cara Pembayaran

Pembayaran BMT ajan dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa, bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Setiap pembayaran bantuan tunai bernilai RM200.

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Pembayarannya pula akan dibuat secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Bagi memudahkan proses semakan kelulusan, pembayaran BMT akan dibuat melalui empat fasa dari November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa melibatkan pembayaran sebanyak RM200, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan RM800.

Pembayaran ini akan dihantar secara langsung ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan. Dengan peningkatan ini, diharapkan BMT dapat memberikan sokongan yang lebih besar kepada komuniti pekebun kecil Malaysia.

Semakan Status Bantuan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan BMT, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

  1. Khidmat Bantuan/Cadangan/Maklumbalas klik Di sini
  2. Talian Hotline : 03-42510171
  3. Emel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top