BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM150 ‘ONE-OFF’ TAHUN 2024

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) – Semasa Pembentangan Belanjawan 2024, Kementerian Kewangan telah umumkan dan memperuntukkan bantuan awal persekolahan 2024 lebih daripada RM788 juta, berbanding RM450 juta pada tahun sebelumnya.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk Kementerian Pendidikan, sejumlah RM788,130,000 diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan 2024.

Dengan harapan dapat membantu dan meringankan bebanan kewangan ibu bapa dan penjaga, serta membolehkan setiap kanak-kanak mendapatkan pendidikan.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2024

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah satu inisiatif penting yang diperkenalkan bermula tahun 2012. Tujuannya adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pendidikan anak-anak, terutamanya pada permulaan tahun persekolahan.

Untuk bantuan awal persekolahan 2024 diberikan kepada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang berkenaan, terutamanya kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah kasar RM3,000.00 atau kurang. BAP ini merupakan bantuan sekali gus (one-off) yang diberikan dalam bentuk wang tunai.

Kadar Bantuan Awal Persekolahan 2024

Bagi bantuan awal persekolahan 2024, Setiap murid yang layak akan menerima BAP sebanyak RM150.00 bagi seorang anak secara one-off.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk wang tunai, dan ia boleh membantu menampung kos awal tahun ajaran seperti pembelian buku teks, alat tulis, dan keperluan sekolah lain.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2024

Kerajaan Malaysia telah menetapkan beberap syarat untuk dipenuhi sebelum diberikan kepada mereka yang layak. Untuk kelayakan bantuan awal persekolahan 2024 adalah seperti dibawah :

  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5
  • Warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
  • Pendapatan isi rumah kasar bulanan RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan isi rumah kasar adalah pendapatan yang mengambil kira gaji asas dan elaun-elaun yang tetap. Elaun lebih masa dan elaun tidak tetap tidak dianggap sebagai pendapatan isi rumah kasar.
  • BAP boleh diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di pelbagai jenis institusi pendidikan, termasuk Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Proses Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan

BAP akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada dua jenis akaun:

1. Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah:

Dimasukkan ke dalam akaun KWK sekolah murid-murid yang bersekolah di institusi yang memiliki akaun KWK. Ini membolehkan sekolah untuk menyediakan bantuan dengan lebih cekap kepada murid-murid yang memerlukannya.

2. Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) :

Sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK akan menerima bantuan ini melalui akaun khas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Langkah ini memastikan bahawa semua murid yang layak mendapat BAP akan menerimanya tanpa sebarang masalah.

Pembayaran pada Januari 2024

Satu lagi perkara yang perlu diingati adalah tarikh pembayaran BAP pada tahun 2024. Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, pembayaran BAP akan bermula pada bulan Januari 2024.

Ini adalah waktu yang ideal kerana ia berlaku sebelum pelajar mula sesi persekolahan yang baharu. Dengan demikian, ibu bapa akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk merancang perbelanjaan mereka dan memastikan anak-anak mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk belajar dengan baik.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat berkaitan bantuan ini akan dikemaskini mengikut pengumuman dari pihak yang berkenaan. Untuk membaca bantuan lain sila layari LINK INI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM150 ‘ONE-OFF’ TAHUN 2024”

Comments are closed.

Scroll to Top