Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak

Bantuan subsidi tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan sempena musim perayaan.

Kerajaan akan melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari sebelum perayaan.

TARIKH PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN

Inisiatif ini akan dimulakan pada perayaan Krismas yang disambut 25 Dis ini dengan pembelian bermula esok pukul 12.01 tengah malam bagi perjalanan tiga hari sebelum perayaan iaitu pada 22, 23 dan 24 Dis.

Bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas dengan pembelian tiket dibuka pada 1 Januari 2024 pukul 12.01 tengah malam, katanya.

Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala yang disubsidikan ini tidak termasuk cukai dan fi,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Orang ramai boleh membeli tiket penerbangan melalui laman sesawang syarikat penerbangan domestik antaranya AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines Bhd dan Batik Air.

Bantuan subsidi tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan sempena musim perayaan.
Bantuan subsidi tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan sempena musim perayaan.

KAEDAH SUBSIDI

Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 itu, Loke berkata kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal dengan harga maksimum tiket penerbangan itu.

Memberikan contoh, Loke berkata jika harga tiket penerbangan ekonomi RM1,500 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 23 Dis, pembeli hanya membayar RM599, manakala RM901 akan ditampung kerajaan.

TERMA DAN SYARAT UNTUK FLYSISWA

Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di institusi awam pada tahun 2023 (masih berdaftar dengan institusi awam sehingga 30 Jun 2023) dalam kategori berikut;
    1. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
    2. berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    3. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    4. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    5. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ Firefly), AirAsia dan Batik Air;
  4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Sumber berita Malaysiakini

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top