Bantuan Yuran Taska 2024

Bantuan Yuran Taska bagi Tahun 2024 boleh dimohon sekarang. Pemberian bantuan yuran sebanyak RM180 bagi seorang anak dapat meringan sedikit beban ibu bapa yang bekerja sebagai penjawat awam.

Sila semak maklumat dikongsikan berikut

Bantuan Yuran Taska

Bantuan Yuran Taska dibantu oleh kerajaan dengan nama Subsidi Yuran Pengasuhan Taska merupakan pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 untuk seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak mereka ke Taska.

Kadar Dan Kaedah Pembayaran Bantuan

Kadar subsidi RM180 ini adalah dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.

Sekiranya kadar yuran adalah melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki yang selebihnya adalah ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Berikut merupakan perkongsian lanjut tentang Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.

Kelayakan Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA

Berikut merupakan kelayakan untuk Subsidi Yuran Pengasuhan Taska:

  • Penjawat Awam yang bergaji RM7,000 ke bawah
  • Anak berumur di bawah Empat (4) tahun pada tarikh anak didaftarkan masuk ke Taska
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM sahaja.

Jumlah Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA

Berikut merupakan jumlah Subsidi Yuran Pengasuhan Taska:

  • RM180

Jika kadar yuran adalah melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki yang selebihnya adalah ditanggung oleh pegawai tersebut.

Cara Memohon

  • Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
  • Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
  • Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
    1. Salinan penyata gaji
    2. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
    3. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
    4. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
    5. Salinan penyata gaji suami/isteri
    6. Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai 
  • Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Subsidi Yuran Pengasuhan Taska, sila layari Portal Manfaat di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top