Bantuan Tunai Kerajaan RM200 Tahun 2023

Bantuan Tunai Kerajaan RM200; Perkhidmatan bantuan kewangan yang telah disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kumpulan sasar agart dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Pihak JKM juga turut menyediakan Bantuan Latihan Perantis (BLP) selain daripada bantuan JKM untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan miskin tegar.

Bantuan Tunai Kerajaan RM200; BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Tujuan Bantuan Latihan Perantis yang disediakan oleh pihak JKM adalah:

  • Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang telah tercicir daripada persekolahan dan sedang menganggur.
  • Bekas penghuni atau bekas pelatih institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KADAR BANTUAN TUNAI

Kadar bayaran yang disediakan kepada setiap individu yang layak adalah:

  • Sebanyak RM200 Sebulan Seorang
Bantuan tunai kerajaan rm200

SYARAT KELAYAKAN BLP 2023

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan BLP 2023 seperti dibawah :

  • Terbuka kepada warganegera Malaysia dan menetap di dalam negara
  • Merupakan anak-anak penerima bantuan JKM atau bekas penghuni institusi kebajikan atau bekas pelatih
  • Kes-kes yang berkeperluan layak.

Nota : Kelulusan insentif berdasarkan tempoh latihan dan maksimum adalah selama 24 bulan bersamaan 2 tahun.

CARA MEMOHON BANTUAN TUNAI RM200

Pengendalian permohonan bantuan kewangan boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang telah didaftarkan, siasatan untuk penilaian (means-tested) akan dijalankan bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pihak pentadbiran, pemohon perlu membawa dokumen sokongan ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama

Lain-lain dokumen yang diperlukan:

Sila tekan Link di bawah untuk muat turun borang permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2023:

JKM 18 – BORANG PERMOHONAN BANTUAN

JKM 20 – BORANG KAJI SEMULA BANTUAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk informasi lanjut berkenaan bantuan kerajaan yang disediakan pada tahun ini, anda boleh semak senarai inisiatif yang disediakan dan berkelayakan untuk anda mohon.

Anda boleh terus ke laman web rasmi www.jkm.gov.my.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top