Bantuan Kewangan RM800 Tarikh Bayaran Telah Diumumkan

Bantuan Kewangan RM800; tarikh bayaran telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Bantuan kewangan sebanyak RM800 ini adalah Bantuan Musim Tengkujuh 2023.

Bagi setiap rakyat yang berkelayakan akan mendapat jumlah bantuan sebanyak RM800 secara berfasa.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta bagi manfaat sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

Bantuan kewangan rm800

JUMLAH BAYARAN BMT

Terdahulu, bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh hanya sebanyak RM600 sahaja. Namun, atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak bakal terima :

  • RM800 (3 Fasa)

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayarannya pula, ianya akan diagihkan melalui 3 fasa bayaran iaitu sebanyak :

  • Fasa 1 : RM300 (Januari)
  • Fasa 2 : RM300 (Februari)
  • Fasa 3 : RM200 (Mac)

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

1)    Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2)    Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :

https://pekebunkecilmakmur.com.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top