Bayaran Bantuan Khas RM300 Bermula 10 Ogos 2023

Bayaran Bantuan Khas RM300 Bermula 10 Ogos 2023 untuk seluruh penjawat awam kerajaan dan pesara kerajaan yang berkelayakan dimana golongan ini akan menerima bantuan kewangan.

Perdana Menteri telah umumkan beberapa jenis insentif tambahan semasa Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, insentif tersebut akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Antara insentif tersebut ialah bantuan tunai akan diberikan kepada kakitangan kerajaan dan juga pesara kerajaan. Berikut adalah maklumat yang lebih lanjut.

BANTUAN KHAS RM300 & RM200

Bantuan ini disalurkan bertujuan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat apabila selesai diperincikan.

Dengan pemberian insentif ini, Datuk Seri Anwar berharap semua penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI.

KADAR BAYARAN

Setiap kelayakan, golongan tersebut akan menerima bayaran sebanyak :

  • Penjawat Awam (G56 Kebawah) : RM300
  • Pesara Kerajaan : RM200

Bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kategori penerima bantuan RM300 dan RM200 :

  • RM300 : Penjawat Awam Gred 56 kebawah
  • RM200 : Pesar Kerajaan, pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan, veteran berpencen / tidak berpencen

TARIKH BAYARAN

Bantuan Khas Penghargaan bagi Kakitangan Awam dan pesara Kerajaan ini akan dilaksanakan pada :

  • 10 OGOS 2023

Maklumat Bantuan Lanjut

Sila ikuti maklumat bantuan semasa dengan mengikuti LINK dibawah.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bayaran Bantuan Khas RM300 Bermula 10 Ogos 2023”

Comments are closed.

Scroll to Top