Skip to content

Bayaran Bantuan MyKasih Bulan Mei 2024

Bayaran Bantuan MyKasih Bulan Mei 2024 – Bantuan ini akan terus disalurkan oleh Kerajaan Malaysia kepada 700,000 penerima yang telah disahkan kelayakan untuk bulan Mei ini.

Kerajaan telah memperkenal bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR yang layak dan sebagai bantuan tambahan.

Bayaran Bantuan Mykasih Bulan Mei 2024

Kerajaan mengumumkan tarikh kemasukkan bantuan Mykasih RM100 seperti berikut:

  • Bermula pada 1 Mei 2024 (Rabu)
Bayaran Bantuan MyKasih

Kadar Bantuan Kategori Penerima MyKasih Bulan Mei

Pada bulan Mei, setiap penerima akan menerima kadar bantuan Mykasih yang berbeza mengikut kategori berikut:

  • Isi rumah keluarga RM100
  • Warga emas RM100
  • Bujang RM50
Bayaran Bantuan MyKasih

Kaedah Pengagihan Bantuan Mykasih

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

Bantuan Mykasih akan diagihkan:

  • Bantuan Mykasih akan diagihkan melalui ewallet kad pengenalan penerima.

Berikut adalah langkah lengkap untuk semak status penerima bantuan RM100 Mykasih pada Mei 2024:

Sila ikuti langkah dibawah step by step

  1. Layari pautan rasmi MyKasih https://mykasih.com.my/
  2. Sila layari laman web rasmi Mykasih; atau klik link di atas.
  3. Pada halaman utama Mykasih, klik [SEMAK STATUS].
  4. Anda kemudiannya akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
  5. Sila masukkan nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh: 83XXXXXXXXXXXX
  6. Kemudian tekan [Semak Status].
  7. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  8. Selesai.
Semakan status mykasih

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.